Facebook Iskandar Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempengerusikan mesyuarat parti itu, pagi ini.

Menurut bekas Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Abdul Hadi sudah sihat dan mampu untuk mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti itu.

“Alhamdulillah Presiden Pas sihat walafiat untuk mempengerusi mesyuarat AJK Pas Pusat pagi ini.

“Doakan Tuan Guru kita dapat terus memimpin ummah,” katanya melalui Facebook beliau.

Abdul Hadi dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Sabtu lalu dan dibenarkan pulang ke rumah keesokan harinya.

Ahli Parlimen Marang itu menerima rawatan hospital disebabkan demam dan bukannya masalah jantung, seperti yang didakwa sesetengah pihak. – MalaysiaGazette