KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau mendakwa ‘gelombang hijau’ di Pulau Pinang akan mengakibatkan tokong Buddha atau Cina dirobohkan.
Menurut beliau, ucapannya dalam bahasa Mandarin baru-baru ini telah diputarbelitkan dan laporan portal tersebut adalah tidak benar.
Ahli Parlimen Bagan itu menjelaskan, beliau sebenarnya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu di Kedah yang dirobohkan pada Julai 2020.
“Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja memutarbelitkan ucapan saya dan menggambarkan seolah-olah membakar sentimen perkauman agama dan kaum.
“Langsung tidak terlintas di fikiran saya untuk menggunakan isu 3R (raja, kaum dan agama) untuk meraih undi kerana saya yakin ia hanya akan memudaratkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di dalam negara.” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Portal MalaysiaNow memetik China Press yang melaporkan berita mengenai ucapan Guan Eng dalam satu acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong, Pulau Pinang semalam.
Beliau berharap, semua pihak akan menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menyatakan Islam sebagai agama rasmi dan penganut agama lain bebas mempraktikkan kepercayaan mereka dengan selamat dan aman di mana-mana negeri dalam Persekutuan. – MalaysiaGazette
cucu cicit umNO kena ingat sejarah yang TIDAK MENIPU atau melayu MUDAH LUPA
umNO skrg bukan yang lahir 1946…keris pusaka tinggal sebilah saja.umnongok sudah jadi PERASUAH TEGAR dan KHIANAT BANGSA AGAMA SENDIRI
mereka UMNO 46 inilah dulu BERPUTIH tulang Menentang musuh2 bangsa agama negara
pemimpin UMNGOK sekarang BERPUTIH MATA diatas tindakan DAPIGS sebagai kekasih dalam kelambu tiada suara umngok BILA ketua RASIS LKS D ANGKAT TAN SRI,,,mula mainkan sentimen agama dan bangsa UMNONGOK hanya sandiwara menentang utk periuk nasi dan tembolok mereka
asyraf wajdi pernah keluarkan DALIL 19 SEBAB UMNO menetang DAPIGS…akhirnya menjuburi PRINSIP DAN MARUAH PERJUANGAN dalam pungung
Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI tak tahu bahasa Cina tu sebab NoKomen… NoComments.. UMNO tetap perjuangkan AGAMA tapi.. tapi.. AGAMA mender ye yang DIJUANGNYA????? akarumbi UMNO perasan ke???? Sayonara Sayonara Sayonara ZAHID HAMIDI