Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Jelajah Mega Madani ketika di Laman Niaga Bandar Baru Bangi. Foto MOHD ADZLAN 07 JULAI 2023.

BANGI – Rakyat yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PN) Selangor pada 12 Ogos ini perlu memilih Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana negeri itu dan Malaysia perlu diselamatkan daripada golongan pelampau agama.

Justeru, Pengerusi PH itu menegaskan, ahli-ahli parti dan BN perlu bekerjasama kerana mempunyai misi yang sama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ahli BN jangan rasa susah nak kibar bendera PKR, ahli PKR pun jangan rasa susah kibar BN. Ini kerana mempunyai misi sama untuk menyelamat negeri Selangor dan negara ini.

“Jangan biarkan negara ini dirosakkan oleh pelampau agama,” katanya ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di sini malam ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin.

Selain itu turut kelihat barisan menteri Kabinet pada program yang dipenuhi ribuan penyokong kedua-dua gabungan parti itu.

Mengulas lanjut, Anwar mengakui beliau sedar pembangkang ingin menggunakan PRN di enam negeri untuk menukar kerajaan sedia ada.

Ini kerana jelas beliau, selepas mereka gagal membuktikan mempunyai mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan sebelum ini.

“Nak ambil alih untuk betulkan ekonomi? Mereka dulu lagi haprak jaga ekonomi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. ANWAR IBRAHIM kurang tidur ke bila syok soal ANGKA? ANGKA tahun bila tu sebutlah dengan JELAS…
    ANWAR IBRAHIM cuba berucap janji berbunyi je tu… UCAPAN tidak “SEMPURNA”… pelampau AGAMA celah mana? rakyat DULU YAKIN kini PENING KELIRU BERCELARU bila dengar bunyi dari TEKAK ANWAR IBRAHIM… nasihat dari Rakyat banyakkan rehat dan tidur sebelum “BEKERJA DEMI RAKYAT” dimedan KEMPEN atau KURANGKAN POLITICS pergi PEJABAT urus KEROSAKAN yang MEROSAKKAN NEGARA.

Comments are closed.