Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah memanggil tujuh saksi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap rumah seorang penjawat awam di Kampung Guntong dekat Kok Lanas, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti motif kejadian dan sedang mendapatkan maklumat baharu untuk diteliti.

“Kami akan melihat daripada pelbagai sudut dan kenal pasti motif di sebalik kejadian termasuk kemungkinan dendam,” katanya kepada pemberita selepas Program Fitrah Aidiladha Bank Rakyat Bersama PDRM Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Wilayah Timur Bank Rakyat Mohamed Al Namiri Che Man.

Semalam media melaporkan, sebuah keluarga di Kampung Guntong, Kok Lanas, di sini berdepan detik cemas apabila rumah dan kenderaan mereka dihujani tembakan daripada individu tidak dikenali.

Pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemukan beberapa kesan tembakan pada rumah itu serta pada kenderaan berhampiran.

Susulan kejadian itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Mohd Ridhuan Ismail dengan menelefon 019-2454224 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast