KWC Model Search 2023 menjadi milik Nur Izzatul Aqma Ludin (dua dari kanan).

KUALA LUMPUR – Pertandingan KWC Model Search 2023 telah menobatkan Nur Izzatul Aqma Ludin, 21, sebagai pemenang utama yang membawa pulang wang tunai RM3,000, produk Wardah, gaun malam KOOKi dan aksesori set Elena.

Pertandingan itu turut memilih Yasmin Nurain sebagai Miss KOOKi yang menerima wang tunai RM1,000, produk Wardah dan gaun malam KOOKi Noor Shara Adnan dan Asfa Ashmira Bt Azizan, masing-masing sebagai Miss KWC Favourite di mana RM1,000, produk Wardah dan aksesori set Elena menjadi milik mereka.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC Fashion Wholesale, Wendy Lam berkara, KWC Model Search itu bertujuan memberi peluang kepada wanita muda menonjolkan bakat sebagai seorang peragawati, membina keyakinan diri disamping memperkasakan wanita melalui bidang fesyen, kecantikan dan hiburan.

“Saya yakin semua peserta telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam mempamerkan kecantikan dan bakat mereka kerana pertandingan ini membuka peluang yang sangat baik untuk wanita muda menambah baik kemahiran dan membina kerjaya dalam industri ini.

“Ia juga dilihat sebagai platform untuk memperkasakan wanita bukan sahaja mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi atau mereka yang tidak berkerjaya dalam bidang fesyen, kecantikan dan hiburan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selaras dengan objektif program,, Wardah Malaysia, butik KOOKi dan Elena adalah penaja utama untuk acara peringkat akhir pemenang KWC Model Search 2023 dan Wardah Malaysia menganjurkan kelas solekan bersama Artis Solekan Selebriti, Normaria Johnston untuk mempelajari tentang solekan.

KWC Model Search 2023 ali keempat menerima penyertaan sejak November tahun lalu dan mendapat lebih daripada 300 peserta.

Sementara itu, KWC Model Search 2023 bukan sahaja program pencarian model tetapi juga peluang untuk wanita yang bercita-cita menjadi seorang model dalam industri yang penuh dengan cabaran.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membuat pemilihan kumpulan peserta akhir yang berlangsung di KWC Fashion Wholesale seterusnya dibawa kepada acara kemuncak program tersebut yang menawarkan hadiah kira-kira RM10,000 kepada para pemenang.

Tambah beliau, untuk menyertai pertandingan tersebut, syarat kelayakannya adalah sangat mudah kerana ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan pihaknya tidak menjadikan syarat pendidikan atau hanya memiliki paras rupa yang cantik semata-mata sebagai garis panduan utamanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast