menteri india
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Shri Rajnath Singh di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. - Gambar: Ihsan Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan India, Shri Rajnath Singh di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu, mereka dapat menilai kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India selain berbincang bentuk kerjasama baharu yang boleh diteroka bersama.

“Kami turut berkesempatan bertukar pandangan terkait isu-isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Saya turut dimaklumkan mengenai pertukaran surat (EOL) bagi meminda memorandum persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India yang disempurnakan oleh kedua-dua menteri terlibat,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast