Foto Instagram Wany Hasrita.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Wany Hasrita bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta kelmarin.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Pelantun lagu Menahan Rindu itu meluahkan rasa syukur kerana urusannya dipermudahkan dan proses bersalin secara normal juga berjalan lancar.

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 7.14 malam (semalam) secara normal.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Anak ibu semoga jadi anak solehah, penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.

“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat kepada yang lain kelak,” kongsinya.

Sebelum ini, Wany pernah memaklumkan memilih untuk menjalani proses bersalin dan berpantang di ibu negara yang lebih dekat dengan ibunya.

Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun mula berkenalan selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada tahun 2019.

Sejak dari itu, mereka mengambil langkah serius dan bertunang pada Februari 2022 sebelum sah menjadi suami isteri pada Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast