10 negara anggota ASEAN iaitu dari Filipina, Indonesia dan Malaysia akan menyertai Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) 2023 bagi merebut peluang merangkul Anugerah AIFFA 2023.

KUALA LUMPUR – Lebih 120 penggiat seni dari 10 negara anggota ASEAN iaitu dari Filipina, Indonesia dan Malaysia akan menyertai Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) 2023 bagi merebut peluang merangkul Anugerah AIFFA 2023.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya berbangga dapat menyokong penganjuran AIFFA 2023 iaitu festival filem yang menjadi platform penyatuan idea dalam komuniti perfileman di kalangan negara ASEAN.

“Kami bangga dapat menyokong AIFFA 2023 yang akan kembali diadakan di Kuching pada Ogos depan dan kali terakhir acara ini diadakan pada 2019 dan tiada acara fizikal diadakan berikutan pandemik Covid-19 pada 2021.

“Menerusi penganjuran AIFFA 2023 ini juga, kita yakin dapat menerima impak yang positif kerana ini adalah cara di kementerian dan agensi-agensi di bawah kami untuk merancakkan ekonomi di Sarawak.

“Tidak hanya itu, buat kali pertama AIFFA akan menayangkan filem tempatan iaitu Sumpahan Jerunai dan berbangga apabila kita akan tengok filem tempatan dipilih sebagai filem pembukaan di Kuching,” katanya pada sidang media semalam.

Penganjuran AIFFA yang akan berlangsung bermula 2 hingga 4 Ogos ini di Kuching, Sarawak.

Pengarah Festival AIFFA 2023, Livan Tajang berkata, kekuatan utama AIFFA terletak kepada persamaan nilai budaya yang dikongsi dan dijadikan nadi penting menyatukan penggiat filem dalam rantau ini.

Menurutnya, AIFFA 2023 edisi keenam ini, pihaknya yakin dapat menerima impak yang positif untuk merancakkan ekonomi di Sarawak.

“Penyertaan yang diterima akan disenaraipendekkan kepada 30 dan 40 penyertaan sahaja oleh para juri dari negara Asia yang diketuai oleh Penerbit Filem Malaysia iaitu U-Wei Saari setelah melalui tiga fasa penilaian.

“Pemenang akan diumumkan semasa Malam Gala dan Anugerah AIFFA 2023 kelak,” katanya pada sidang media AIFFA 2023, di Panggung Percubaan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Penganjuran AIFFA yang akan berlangsung bermula 2 hingga 4 Ogos ini di Kuching, Sarawak di mana Malam Gala AIFFA 2023 akan berlangsung pada 4 Ogos dan menyaksikan 17 kategori dipertandingkan meliputi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal penghasilan filem.

Barisan juri buat AIFFA 2023 adalah U-Wei Saari dan Effendee Mazlan dari Malaysia, Ihsan Nurullah Kabil (Turkiye) Viva Westi (Indonesia) dan Pham Thi Hong An (Vietnam). – MalaysiaGazette