agensi penguatkuasaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar kenangan dengan pegawai dan kakitangan penguatkuasa pada Program Cakna Madani bersama Agensi Penguatkuasaan Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto AFFAN FAUZI, 13 JULAI 2023.

PUTRAJAYA – Amalan campur tangan pemimpin politik yang boleh menyebabkan berlaku pelanggaran peraturan dan kuasa melibatkan agensi penguatkuasaan mesti diperbetulkan sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka boleh memberi pandangan dan berbincang namun campur tangan dalam tugas penjawat awam mesti dihentikan.

Beliau turut memuji Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kerana menunjukkan contoh yang baik apabila tidak menggganggu tugas pegawai-pegawai di bawah kementeriannya.

“Kalau nak selamatkan negara ini mesti ada anjakan dari cara lama kita.

“Yang baik kita kekalkan tetapi cara lama kita membiarkan ketirisan, campur tangan dan melanggar peraturan ini mesti diperbetulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Kira-kira 2,400 pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan serta agensi keselamatan dan ketenteraman awam menghadiri program tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast