Rekod suhu panas berlaku di Austria, Perancis,, Switzerland, Jerman dan Sepanyol.

ROM- Gelombang haba kini melanda bahagian selatan Eropah dan barat laut Afrika, dengan suhu yang berpotensi memecahkan rekod dalam beberapa hari akan datang.

Suhu dijangka melepasi 40 darjah Celcius di bahagian Sepanyol, Perancis, Greece, Croatia dan Turki.

Di Itali, suhu boleh mencapai setinggi 48.8 darjah Celcius.

Amaran amaran merah telah dikeluarkan untuk 10 bandar, termasuk Florence dan Rom.

Pada hari Selasa, seorang lelaki berusia empat puluhan maut selepas rebah di utara Itali.

Media Itali melaporkan seorang pekerja yang sedang mengecat garisan lintasan zebra di bandar Lodi, dekat Milan, rebah akibat panas.

Dia yang dikejarkan ke hospital kemudiannya meninggal dunia.

Beberapa pelancong di negara itu sudah rebah akibat strok haba, termasuk seorang lelaki Britain di luar Colosseum di Rom.

Gelombang haba Cerberus – dinamakan oleh Persatuan Meteorologi Itali dijangka membawa suhu yang melampau tidak lama lagi.

Pejabat Meteorologi meramalkan akan memuncak pada hari Jumaat.

Suhu terpanas di Eropah iaitu 48.8 darjah Celcius telah direkodkan berhampiran Syracuse di pulau Sicily Itali pada Ogos 2021.

Lebih 60,000 orang mati di Eropah akibat panas tahun lalu.

Kebimbangan ialah gelombang haba ini boleh menyebabkan lebih banyak kematian pada musim panas ini.

Gelombang haba ialah tempoh cuaca panas, yang mana suhu lebih tinggi daripada yang dijangkakan dalam setahun. – Agensi