Ahmad Ibrahim atau Mat London.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim atau dikenali Mat London, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.

Berita sedih itu disahkan anaknya, Salmany Akir Ahmad menerusi Facebok.

“Sesudah laungan azan subuh… Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,” tulisnya.

Semalam, Salmany juga memuat naik status dalam Facebook memberitahu keadaan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) semakin nazak.

“Malam ini agak suram dan syahdu. Di kala nak menaip posting ini pun jari jemari terketar-ketar. Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan Papa.

“Papa baik orangnya. Ramai orang senang, sayang dengan Papa.

“Malam ini, aku tengok Papa sudah semakin lemah. Bacaan surah Yassin yang termampu aku buat untuk Papa. Kami, anak-anak, menantu dan cucu semua sayang Papa. Kami doakan Papa,” tulisnya.

Mengikut info Biro Kesejahteraan Sosial FDAM, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini.

Jenazah Allahyarham Mat London dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.

Terdahulu, arwah dirawat di ICU, HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast