Gambar tular menunjukkan batu tertera tulisan jawi dijadikan pelapik tidur anjing.

BUTTERWORTH – Polis membuka siasatan berhubung gambar tular menunjukkan dua kepingan batu tertera tulisan jawi dijadikan pelapik tidur anjing di sebuah kedai perkakasan di Telok Ayer Tawar di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya telah mengesan tiga keping gambar tular di Facebook Kementerian Netizen Malaysia berhubung kejadian itu semalam.

Susulan itu, pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki hari ini yang mendakwa melihat satu hantaran TikTok daripada akaun isterinya berkenaan gambar sama.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati pengadu tidak mengenali pemilik akaun TikTok @PandaRider tersebut.

“Selain itu, tujuan pengadu membuat laporan lsusulan rasa terkilan dengan pemilik premis seolah-olah yang tidak menghormati agama Islam selain mahu siasatan lanjut dilakukan pihak polis.

“Kita telah menghubungi admin Facebook berkenaan untuk memadamkan hantaran itu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Mohd Asri, hasil lawatan pihak polis ke tempat kejadian mendapati kepingan batu itu sudah tiada di lokasi yang ditularkan.

Mohd Asri berkata, pemilik premis perkakasan serta akaun TikTok berkenaan juga telah dihubungi untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara bagi memberi keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita juga menasihatkan orang ramai untuk memadamkan gambar tular itu bagi menjaga sensitiviti agama Islam sekali gus mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” kata beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Babi, larangan azan, pelapik anjing, lbgtq betina kahwin betina, semua isu2 kebencian agama terbaru datang dari Pulau Pinang?

    Apakah negeri tersebut sudah menjadi pusat anti Islam negara?

    Harap orang2 Melayu Pulau Pinang lebih peka dan memilih PN dalam PRU nanti.

Comments are closed.