CAMERON HIGHLANDS – Acara Cameron Ultra memberi impak besar kepada industri pelancongan terutamanya industri pelancongan Di Cameron Highlands kerana dapat menarik penyertaan seramai 435 orang peserta luar negara iaitu terdiri daripada 36 negara.
Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man menyempurnakan pelepasan peserta acara Cameron Ultra yang di Dataran Padang Cameron Highlands awal pagi tadi.
Turut hadir mengiringi Yu Man Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.
Jumlah peserta edisi keenam itu menunjukkan peningkatan peserta, kata kenyataan Unit Komunikasi Korporat Toutism Pahang hari ini.
“Penyertaan peserta luar negara pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus daripada edisi lalu. Jumlah penyertaan keseluruhan termasuk peserta dari Malaysia seramai 1, 956 orang,” kata kenyataan yang sama.
Lima kategori dipertandingkan iaitu 4 kilometer (km) (junior 12-17 tahun), 14km, 30km, 60km dan 100km (kategori terbuka). Acara Cameron Ultra ini merupakan acara utama yang tersenarai dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang. – MalaysiaGazette