Hamzah serangan Anwar
Mohammad Agus Yusoff

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff hari ini menjawab soalan mengenai perasaannya  ketika dihentam dan dikritik.

Dalam satu hantaran terkini di Facebook turut menjawab persoalan mengapa beliau mengambil sikap berdiam diri ketika dihentam dan dikritik.

Jelas beliau, apa yang berlaku hanya perbezaan pandangan namun setiap individu mempunyai matlamat mahu melihat negara terus maju ke hadapan.

“Orang tanya, apa perasaan saya bila dihentam dan dikritik. Kenapa diam dan tidak jawab? Perlukah dijawab?

“Bagi saya, jika berbeza pandangan politik, tujuan kita tetap sama. Untuk membangunkan Malaysia yang maju dan sejahtera.

“Teruskan perjuangan dan kepercayaan politik masing-masing. Pilih yang terbaik,” jawab Mohammad Agus ringkas.

Sementara itu Mohammad Agus turut menegaskan keyakinan beliau untuk bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Sebagai umat Islam, beliau berkata, pilihannya itu tidak memberi sebarang impak terhadap pegangan agama yang dianuti.

“Saya memilih untuk bersama PMX dan Kerajaan Perpaduan. Saya yakin pilihan ini tidak menjejaskan akidah saya sebagai seorang beragama Islam dan berbangsa Melayu.

The trip is too shot (perjalanan ini terlalu pendek),” katanya berfalsafah.

Sebelum ini  jabatan yang diterajuinya, J-KOM mendapat kritikan hebat daripada netizen selepas berkongsi infografik berkaitan jumlah perbelanjaan untuk seminggu dan sebulan bagi satu keluarga dan individu bujang.

Infografik berkenaan bagi menolak laporan media bahawa perbelanjaan sebulan telah melonjak daripada RM200 kepada RM500 ketika ini.

Bagaimanapun rata-rata pengguna beranggapan infografik tersebut tidak tepat dengan realiti semasa kerana hanya memasukkan beberapa item sahaja.

Infografik yang dikongsi di platform media sosial J-KOM itu kemudiannya dipadam selepas hampir 48 jam dikongsi selepas mendapat kecaman hebat netizen.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.