KUALA LUMPUR – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) buat julung kalinya akan mengadakan program makan malam amal pada 17 September ini dengan sasaran sumbangan sebanyak RM400,000.

Pengerusi Jawatankuasa Malam Agungnya Cinta, Datuk Seri Muhamad Khanafi Hussin berkata, hasil sumbangan  Makan Malam Agungnya Cinta (MAC) 2023 akan digunakan untuk pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.

“Alhamdulillah pada 25 Jun 2023 yang lalu pihak kontraktor yang dilantik telah melaksanakan kerja-kerja awalan seperti pembersihan tapak. InsyaAllah bermula bulan depan kerja-kerja yang lain bermula,” katanya ketika mahlis memperkenalkan barisan penaja MAC 2023..

Muhamad Khanafi yang juga  Lembaga Pemegang Amanah YIDEberkata, makan malam yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) itu bakal mengetengahkan konsep “Kasihnya Baginda Kepada Anak-Anak Yatim”.

Jelasnya, program tersebut mengabungkan elemen-elemen penceritaan dan persembahan nasyid Islamik kontemporari dengan barisan artis baru dan lama antaranya Hijjaz, UNIC dan Naim Daniel.

“Konsep penceritaan yang akan dibawakan adalah berkisar kisah Nabi Muhammad S.A.W yang mana Baginda juga adalah anak yatim dan Baginda begitu kasih dan cinta kepada anak-anak yatim ini.

“Menariknya penceritaan ini akan diolah sendiri oleh Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, Ikon Mahabbah YIDE dan disertai oleh Pencetus Ummah Akram Ikrami’,” ujarnya.

Muhamad Khanafi menambah, setiap meja yang ditaja mempunyai tiga pakej korporat yang diperkenalkan bermula RM 5,000 (Warahmah), RM 10,000 (Mawaddah) juga RM20,000 (Sakinah).

Ujarnya, sehingga kini sebanyak 16 meja telah terjual dengan kutipan terkini sebanyak RM145,000.

“Kami sasarkan 50 meja terjual,” tambahnya. Alhamdulillah satu permulaan yang sangat positif.

“Para penaja yang membeli meja dan akan hadir ke MAC 2023 akan datang, mereka akan bersama dengan anak-anak yatim di meja tersebut ianya adalah bagi mengukirkan senyuman kepada anak-anak yatim yang diundang khas. Tetapi untuk MAC 2023 ini juga bukan setakat syarikat korporat malah jika ada individu yang hendak menaja turut boleh dengan jumlah RM499 untuk satu kerusi,” tambahnya.

Justeru, Muhamad Khanafi menyeru rakyat Selangor pelbagai latar belakang supaya menyertai makan malam amal tersebut, sekali gus merealisasikan projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast