Ketiga-tiga pakar penyiasat dari Malaysia memulakan penyiasatan di lokasi kejadian trajedi MH17 trajedi di Ukraine ketika tinjauan di Grovova, Ukraine pada 22 Julai 2014. Gambar arkib MalaysiaaGazette

KUALA LUMPUR – Malaysia bertekad untuk mendapatkan kebenaran, keadilan dan akauntabiliti berhubung insiden nahas pesawat MH17.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha mencari keadilan tidak akan berakhir susulan perkembangan oleh Mahkamah The Hague di Belanda pada 17 November tahun lepas.

“Hari ini menandakan ulang tahun kesembilan kemalangan tragis pesawat Malaysia Airlines MH17.

“Kesimpulannya menerusi peristiwa penting itu perlu didedahkan bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk kesemua 298 mangsa dan waris mereka, termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada di dalam penerbangan itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Anthony berkata, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat sesi ke-228 pada 17 Mac lalu emutuskan untuk meneruskan pendengaran mengenai penyelesaian perbezaan antara pihak yang berkonflik.

“Kami mengulangi rasa simpati dan takziah yang mendalam kepada keluarga dan orang tersayang mangsa nahas Penerbangan MH17,” ujarnya. – MalaysiaGazette