PASIR GUDANG – Pasir Gudang bakal mempunyai loji rawatan kumbahan berpusat dengan konsep taman industri moden.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, pembangunan itu merupakan satu manifestasi dasar keprihatinan dalam menyokong perancangan pembangunan kawasan Pasir Gudang ke arah bandar raya yang lestari

“Sebagai sebuah bandar raya pelabuhan dan industri, pembangunan Pasir Gudang berpegang kepada dasar dan hasrat Kerajaan Negeri melalui konsep Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030,” katanya selepas majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Berpusat SJ Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK), di sini, hari ini.

Menurutnya, sasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai visi ‘Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari’ merangkumi aspek kelestarian alam sekitar termasuk di kawasan perindustrian di bawah pentadbiran MBPG.

Tambah beliau, Konsep Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 bukan sahaja meliputi aspek ekonomi malah membabitkan impak alam sekitar. – MalaysiaGazette