Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ketika diahan polis di sebuah hotel di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan sepasukan polis jam 3 pagi tadi di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Publika sebelum pulang ke hotel kira-kira jam 11.40 malam.

Beliau yang ditahan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dipercayai bagi menghadapi pendakwaan di Mahkamah Selayang pagi ini.

Berita penahanan Sanusi dikongsi di laman TikTok.

Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap kenyataan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah sebagai menghina instiusi diraja.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin beranggapan kenyataan Muhammad Sanusi juga mempertikaikan kewibawaan baginda memilih menteri besar.

VIDEO:

Ekoran kenyataan itu, Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor bertindak membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi pada 14 Julai lalu.

Muhammad Sanusi dalam ceramahnya menimbulkan kontrovesi selepas mendakwa Sultan Kedah tidak akan melantik individu seperti Datuk Seri Amirudin Shari sebagai menteri besar.

Artikel berkaitan:

“Sultan Kedah sampai sekarang dari satu susur galur tak pernah putus, itulah Kedah Darul Aman, hebatnya Sultan Kedah begitu teratur, bukan ‘koman-koman’, tengok menteri besar (Kedah).

“Sultan hebat macam itu (Sultan Kedah) tak akan pilih menteri besar ‘cokia’ macam Amir (Amirudin) tu. Inci pun tak berapa cukup, tarik balik fasal inci,” ucap Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bodoh punya MB…ko nak kutuk dan serang PMX kaa…UMNO kaa…ko nak fitnah kaa mcm amalan PAS tu, lantak ko laa….Yang kau pergi seret sekali nama sultan dah kenapa?

Comments are closed.