KUALA LUMPUR – Bersempena ulang tahun ke-10 penubuhannya, Malaysia Gazette muncul dengan pelbagai program baharu bagi mendekati rakyat.

Menjadi wadah kepada rakyat Malaysia dalam memberikan laporan terkini dan tepat,  Platform adalah program baharu yang tampil dengan pendekatan lebih komprehensif.

Dengan tagline ‘Tanpa Prasangka’ Platform adalah wadah dari rakyat kepada rakyat yang mana Malaysia Gazette menjadi penghubungnya.

Menerusi edisi pertama ini, empat panel muda mewakili parti politik utama di negara ini akan menjawab pelbagai soalan terus daripada penonton yang hadir.

Bakal bersiaran secara langsung dari Panggung Eksperimen Universiti Malaysia, panel-panel ini akan berhujah dan menjawab kepada tajuk ‘Pemimpin Muda, Cakap Tak Serupa Bikin’

Antara panel yang ‘berani’ sepentas ini adalah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Atyrah Hani Razali;Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia Khairul Nadzir Helmi Azhar serta Pengarah Komunikasi dan Strategi Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin.

Platform akan bersiaran selama dua jam membawakan pelbagai naratif berbeza turut  disiarkan secara langsung di semua platform digital Malaysia Gazette iaitu Youtube, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan portal rasmi www.malaysiagazette.com

Bagi mereka yang mahu menyertai program ini termasuk bertanya soalan hanya perlu mengimbas kod QR seperti di dalam poster atau tekan di link https://forms.gle/Fqj3Gq893KZ8gzNQA untuk pengesahan kehadiran.

Jangan lupa saksikan pentas Platform esok malam pada jam 9 malam hanya di Malaysia Gazette. – MalaysiaGazette