KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Nasional Masyarakat India Perikatan Nasional (PN), P. Punithan dijangka tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos ini.
Punithan berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada peranan baharu iaitu menjadi suara kepada komuniti menerusi Jawatankuasa Nasional Masyarakat India Perikatan Nasional yang akan diperluaskan ke seluruh negara.
“Ada agenda jauh lebih penting dan perlu diberikan fokus,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Pada bulan lalu, Punithan melepaskan jawatan Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Baru Batang Berjuntai selepas tiga hari selepas Naib Presiden MIC, Datuk Sivaraj Chandran mengumumkan peletakan jawatan.
Punithan dikatakan menerima tawaran untuk menyertai Jawatankuasa Nasional Masyarakat India PN yang dikemudi Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Baru-baru ini dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar harian Tamil, Hamzah mendedahkan PN akan mengetengahkan lebih banyak gplongan muda India yang mana ia merupakan antara objektif penubuhan jawatankuasa tersebut. – MalaysiaGazette