Baby Shima.

KUALA LUMPUR – Penyanyi kontroversi, Baby Shima mahu bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Keputusan mengejut itu diumumkan dalam media sosialnya semalam dan sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini saya mengumumkan akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat! Kamu bawa perubahan ..fikir-fikirkanlah anak muda, undi saya,” katanya.

Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli itu bagaimanapun tidak menyatakan kawasan mana yang bakal ditandinginya.

Penyany lagu Roadblock Hatiku itu dilaporkan akan mengumumkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya dalam masa terdekat.

Baby Shima juga yakin ada pihak yang menyokongnya walaupun ramai netizen mempertikaikan niatnya itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast