Kit Siang Hari Kemerdekaan
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang meminta pengundi di enam negeri untuk ‘mendedikasikan’ pilihan raya (PRN) kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut Kit Siang, rakyat harus meneruskan visi bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu demi kestabilan politik dan perpaduan nasional agar Malaysia dapat bangkit semula menjadi negara bertaraf dunia.

Kit Siang berkata, pemergian Timbalan Presiden Amanah itu satu kehilangan kepada negara.

“Akan menjadi satu perkara yang bertentangan dengan visi Salahuddin untuk melihat pertukaran Kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Dan pastinya menjadi harapan Salahuddin untuk melihat perubahan politik di Kedah, Kelantan, dan Terengganu dan melihat negeri-negeri ini diangkat dari kedudukan mereka sebagai negeri-negeri termiskin kepada negeri-negeri termaju di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Kit Siang berkata, Salahuddin sebelum ini berkali-kali menegaskan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai agenda yang lebih berteraskan rakyat berbanding Perikatan Nasional.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu berkata, Salahuddin dalam ucapan terakhir ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Batu Buruk, Terengganu telah mendedahkan terdapat usaha pintu belakang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan dengan menghasut ahli Kabinet Barisan Nasional (BN).

“Salahuddin mengatakan: ‘Ahli-ahli Kabinet, termasuklah yang dari BN dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan adalah antara yang paling stabil, kuat, harmoni, dan tidak termakan dengan hasutan-hasutan sebegini.

‘Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar adalah kerajaan yang paling stabil dan kuat dan sentiasa berusaha untuk menguruskan masalah-masalah yang dihadapi rakyat’,” katanya.

Justeru menurut Kit Siang, sudah tiba masanya untuk semua orang dari semua parti mengukuhkan ikatan demi manfaat untuk rakyat.

Salahuddin meninggal dunia pada Ahad selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Jumaat selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Pemeriksaan doktor pakar kemudiannya mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.

Beliau kemudiannya menjalani pembedahan pada pagi Sabtu, sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. apa raaaaa…. Lim Kit Siang buat iklan “ORANG MATI” anakbini dia sedang sedih. Melayu lain CINA lain jangan jadikan semua itu MALAYSIAN seperti KAU inginkan.
    adakah MELAYU masih “terbuka bodoh” menerima PERMAINAN dimain-mainkan perkara sensitive itu? patut diludah MUKA DIA

Comments are closed.