Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad and CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan perkhidmatan e-bil bersepadu baharu oleh Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) pada platform perbankan CIMB BizChannel dan CIMB Clicks.

CIMB merupakan bank pertama dalam pasaran yang melaksanakan perkhidmatan baharu ini bagi memudahkan peniaga untuk memenuhi kewajipan cukai mereka dengan lebih mudah kerana orang ramai boleh membayar cukai secara langsung melalui platform perbankannya.

Untuk membuat pembayaran, pelanggan dikehendaki mendapatkan nombor bil melalui MyTax di portal perkhidmatan LHDN.

Seterusnya, mereka boleh log masuk ke CIMB BizChannel atau CIMB Clicks dan cari bahagian pembayaran bil.

Pilih ‘LHDN e-Billing’ sebagai pengebil dan masukkan nombor bil.

Butiran pembayar cukai akan dipaparkan secara automatik dan bayaran boleh dibuat terus daripada akaun mereka.

Dengan integrasi perkhidmatan sistem e-bil LHDN ke dalam platform CIMB, setiap transaksi pembayaran cukai akan mempunyai nombor unik untuk rujukan LHDN. Ini akan membantu memastikan ketepatan dan ketelusan transaksi, dengan pengesahan pembayaran yang selamat melalui sambungan langsung ke LHDN.

Ahmad Shazli Kamarulzaman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Komersial Kumpulan, CIMB Group berkata, perkhidmatan ini menawarkan kaedah pembayaran cukai yang dipermudah serta diperkemas untuk pelbagai perniagaan, termasuk korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Perkhidmatan e-bil baharu ini menambahkan kaedah pembayaran cukai lain yang tersedia melalui CIMB seperti FPX dan pembayaran kad kredit dalam talian melalui portal MyTax, serta ATM Bank termasuk pembayaran di kaunter di semua cawangan CIMB seluruh negara.

CIMB BizChannel ialah platform bank untuk peniaga yang membolehkan mereka menguruskan akaun, pembayaran dan kewangan mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Pada 2022, CIMB BizChannel merekodkan peningkatan 36% dalam bilangan transaksi dan 11% pertumbuhan dalam pengguna tahun ke tahun. – MalaysiaGazette