Aznor melayan pelanggan sdi gerai miliknya sempena Ekspo Malaysia Fest 2023 di Singapura.

SINGAPURA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membawa masuk 10 metrik tan buah-buah bermusim seperti nangka, cempedak, manggis, rambutan, salak madu, ciku, pamelo dan 3,000 papan petai ke Singapura untuk Ekspo Malaysia Fest 2023.

Ekspo yang berlangsung di Changi selama empat hari itu akan berakhir Ahad ini.

Menurut kenyataan FAMA, bertemakan ‘Explore the unique Taste of Malaysia’ melibatkan 278 gerai pameran meyasarkan 278 usahawan mengambil bahagian serta mempromosikan lebih daripada 2,000 produk Malaysia.

Selain daripada Singapura, FAMA turut merancang untuk menganjur ekspo tersebut di negara lain bagi mempergiatkan aktiviti promosi produk agromakanan negara kepada masyarakat antarabangsa dan seterusnya meningkatkan nilai eksport produk tersebut di pasaran global.

Menurut kenyataan itu, antara tarikan utama ialah FAMA akan membawakan produk segar tempatan seperti petai, nangka, cempedak dan ulam-ulaman kampung disamping produk istimewa dari Sarawak seperti buah kristal serta produk hiliran Jeruk Madu Pak Ali dan keropok lekor Terengganu. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast