Aira Azman

KUALA LUMPUR, – Malaysia meneruskan momentum cemerlang apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir  Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Wanita Dunia 2023 selepas menundukkan Kanada 2-0, di Melbourne, Australia, hari ini.

Pada saingan suku akhir di Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne (MSAC), Aira Azman yang baru sahaja dinobatkan selaku naib juara perseorangan remaja dunia, baru-baru ini, tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata pertama negara.

Pemain berusia 19 tahun itu mengalahkan Ocean Ma 11-7, 11-8, 11-0 dan U. Thanussa mengesahkan kemaraan negara ke pentas separuh akhir  dengan menewaskan Maria Min 11-9, 11-9, 11-8.

Malaysia akan bertemu Amerika Syarikat di pentas separuh akhir esok.

Amerika Syarikat mara ke sepauh aklhir selepas menewaskan India 2-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

“Ia satu keputusan yang sangat baik daripada skuad wanita. Bagaimanapun. tugas mencabar menanti apabila bertemu Amerika Syarikat  esok,” kata jurulatih pasukan, Andrew Cross ketika dihubungi. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast