Khairin- Nisa hadi di Program Latihan Child Support Team Johor .

JOHOR BAHRU – Program Latihan Pasukan Sokongan Kanak-Kanak dijadikan inisiatif bagi memberi pendedahan mengenai hak dan perlindungan golongan berkenaan.

Pemahaman itu termasuk akta, aspek psikologi serta memahami kehendak generasi kanak-kanak masa kini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail.

Menurutnya, seramai 38 peserta yang terdiri daripada ketua kampung, penghulu, guru pengusaha pusat jagaan taska dari daerah Johor Bahru dan Pontian terlibat dalam program berkenaan.

“Pada hari pertama bagi siri kelima ini, dua sesi telah dijalankan iaitu Modul Perundangan dan Advokasi berkaitan kanak-kanak serta Modul Perkembangan Kanak-Kanak.

“Perbincangan di dalam sesi yang dijalankan ini adalah bersifat dua hala menjadikan para peserta lebih memahami akan sifat dan psikologi kanak-kanak serta seterusnya dapat mempelajari cara untuk mendekati mereka dan menangani isu berkaitan kanak-kanak di sekeliling mereka,” katanya selepas merasmikan Program Latihan Child Support Team Johor di sini hari ini.

Khairin-Nisa berkata, program yang sama juga bertujuan memberi latihan kepada individu atau sukarelawan yang bekerja dengan kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan komited dalam membantu memberi serta menguruskan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

Ia seterusnya secara tidak langsung dapat meningkatkan tanggungjawab komuniti dalam memastikan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada kanak-kanak.

ia turut melibatkan Pasukan Sokongan Kanak-kanak ini adalah Pembantu Pelindung; Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak; Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak; Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat; Pengasuh di Taman Asuhan kanak-Kanak (TASKA); Pengendali Pusat Jagaan serta pemimpin masyarakat setempat.

‘’Saya berharap dengan wujudnya program ini, kerajaan negeri dan rakyat Johor dapat bersama-sama dalam menjaga kebajikan serta keselamatan kanak-kanak dan pada masa yang sama dapat memberikan mereka ruang yang kondusif untuk mereka membesar kerana mereka adalah masa depan negara,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast