PORT DICKSON – Kerjasama yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan akan membantu Kerajaan Perpaduan menyapu bersih kesemua 36 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, BN dan PH mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang disandang.
“Hari ini apabila BN dan PH bekerjasama, kita yakin bahawa satu politik yang cukup matang dan maju untuk Negeri Sembilan.
“Kita yakin dengan kekuatan ini, kita bukan sombong dan angkuh tetapi saya menaruh keyakinan kita mampu mencapai kejayaan di semua 36 kerusi,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madan dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di sini, malam tadi.
Ahli Parlimen Seremban itu turut mendedahkan, kerjasama antara parti-parti dalam PH dan BN telah bermula sejak penggal pertama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu.
Beliau yang pernah menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menambah, pihaknya memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif.
“Saya antara dari pembangkang yang sentiasa memuji dan memberi kredit kepada Tok Mat ketika itu.
“Dari dulu tak pernah kita dengar ada kekecohan besar dalam DUN, kadang kala ada sedikit hangat tapi tak sampai gaduh,” jelasnya.
Anthony berkata, peranan pembangkang yang konstruktif itu turut dimainkan oleh BN ketika mereka bertukar menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Kerana kita ambil semangat dan sikap saling menghormati, ini budaya orang Negeri Sembilan. Kita negeri beradat, kita ada cara kita sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette
Rakyat kena TIPU dengan ZAHID siap SUMPAH No DAP No ANWAR rupanya Mat Hasan 2×5… dengan DAP. Apakah malapetaka ini merupakan KERAMAT UMNO? Ini GABUNGAN politics MATANG bersama UMNO kata DAP tapi selepas keputusan PRN 6 NEGERI jangan Hina kata “BEBAN BINATANG” pula…
ZAHID HAMIDI dah BERUBAH WAJAH apakah WAJAH terbaru Jho Low?