KUALA LUMPUR – Empat daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir petang ini.
Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, empat daerah itu ialah Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Melaka, Putrajaya dan beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan serta Johor.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette