CANBERRA – Empat orang hilang selepas sebuah helikopter tentera terhempas di pantai Queensland di Australia.
Insiden itu berlaku semasa latihan latihan waktu malam antara tentera Australia dan Amerika Syarikat (AS) di luar Pulau Lindeman pada malam Jumaat.
Menteri Pertahanan Richard Marles berkata, misi mencari dan menyelamat segera dilancarkan.
“Empat kru udara masih belum ditemui,” kata Marles semasa sidang akhbar pada pagi Sabtu.
Beliau berkata, helikopter MRH-90 Taipan itu terhempas berhampiran pulau itu, di Whitsundays, kira-kira 10.30 malam waktu tempatan (12.30 GMT).
“Kami harap ada berita baik sepanjang hari ini,” katanya sambil memaklumkan maklumat terkini tentang kejadian ini.
Bercakap pada taklimat akhbar yang sama, Ketua Angkatan Pertahanan Australia, Angus Campbell berkata, tragedi ini adalah “saat yang mengerikan”.
“Tumpuan kami pada masa ini adalah mencari semua mangsa,” ujarnya.
MRH-90 Taipan jatuh semasa latihan Talisman Sabre – eksasais ketenteraan dua hala terbesar antara Australia dan AS.
Latihan Talisman Saber termasuk tentera dari Jepun, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.
Latihan itu telah memasuki minggu kedua dan sedang menguji logistik berskala besar, pertempuran darat, pendaratan amfibia dan operasi udara.
Ia dijangka selesai pada 4 Ogos. – Agensi