KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Remy Ishak akhirnya mendedahkan dirinya menimang anak lelaki selepas dua hari bergelar bapa.
Remy, 42, memberitahu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersyukur dikurniakan dengan kehadiran seorang hero sebagai cahaya mata sulung mereka.
“Syukur dan alhamdulillah atas kurnia rezeki serta rahmat-Nya. Cahaya mata pertama dan bayi lelaki. Seorang hero! Terima kasih ya Allah,” tulis di Instagram miliknya.
Dia yang turut menyertakan gambar bersama isteri dan permata hati mereka namun tidak menunjukkan wajah dan nama si kecilnya.
Kelmarin bintang Sangkar itu berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulung mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan terkemuka.
Remy dan Ezza, 39, melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta. – MalaysiaGazette