Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh Bilik Gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan beroperasi sepanjang hari bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos.

SPRM dalam kenyataan berkata, ia bagi memudahkan aduan serta penyaluran maklumat oleh orang ramai berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen itu.

“Ia akan dibuka di Ibu Pejabat SPRM, pejabat SPRM Selangor, pejabat SPRM Negeri Sembilan, pejabat SPRM Kedah, pejabat SPRM Pulau Pinang, pejabat SPRM Terengganu dan pejabat SPRM Kelantan,” kata satu kenyataan.

Bilik Gerakan SPRM boleh dihubungi di talian 03-8891 1038 (Ibu Pejabat SPRM); Pejabat SPRM Selangor (03-5524 8318); Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-762 5446); Pejabat SPRM Kedah (04-700 1880); Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-229 9262); Pejabat SPRM Terengganu (09-630 1920) dan Pejabat SPRM Kelantan (09-766 1970).

SPRM juga mengingatkan semua calon yang bertanding dan parti politik supaya tidak melakukan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – MalaysiaGazette