Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengambilan tanah di Taman Sungai Sireh oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur mengikut prosedur undang-undang yang dilaksanakan, bertetapan dengan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960.

Malah, MRL menegaskan proses pengambilan tanah di Taman Sungai Sireh untuk Projek ECRL akan mengambil kira pelbagai aspek dan memastikan prosedur yang
adil kepada semua pihak yang terlibat.

Penilaian tanah akan dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan bayaran pampasan akan ditentukan oleh Pentadbir Tanah yang dikendalikan oleh
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor (JKPTG).

“Para pemilik rumah yang terkesan boleh melantik Penilai Swasta untuk membantu mereka dan fi tersebut (penilai Swasta) akan ditanggung oleh Kerajaan. MRL,” katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel berkaitan:MB janji selesai isu projek ECRL Taman Sungai Sireh

Penduduk Taman Sungai Sireh bantah projek ECRL – Sukri

Sehubungan itu, MRL menyeru pemilik dan penghuni untuk tidak terperdaya dengan spekulasi dan berita palsu di media sosial mengenai tawaran pampasan yang rendah.

Jelasnya lagi, MRL akan memberi maklumat mengenai status pengambilan tanah kepada pemilik dan penghuni yang terkesan dari semasa ke semasa.

Bahkan, projek ECRL telahpun mengambil kira impak yang paling minimum dan telah melalui Pemeriksaan Awam serta dimuktamadkan melalui Skim Keretapi berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Katanya, MRL telah menjalankan lapan sesi perjumpaan dengan penduduk Taman Sungai Sireh dalam usaha memberikan maklumat mengenai projek ECRL. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast