Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dinasihatkan sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, calon-calon dan masyarakat diminta mengelakkan daripada menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dan membuat sebarang provakasi serta perkara-perkara yang boleh menimbulkan insiden tidak diingini, sekali gus boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurutnya, di Selangor 147 orang calon daripada parti yang layak bertanding di 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Setakat semalam, tiada laporan polis yang diterima.

Polis Kontinjen Selangor akan memastikan setiap kempen dan ceramah yang dijalankan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Hasil pemantau di setiap kempen dan ceramah mendapati sebanyak 34 kempen berpermit dan ceramah berpermit (40). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast