Foto Facebook Penang FC.

KUALA LUMPUR – Pasukan Penang FC memperkenalkan Abdul Abdeen Temitope yang memegang kerakyatan Ireland sebagai pemain baharu bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Penyerang berusia 28 tahun ini telah bersama skuad KF Skënderbeu di Liga 1 Albania untuk musim 2022/23.

“Pernah bersama pasukan FC Bedfont Sports di England kemudian ke Norway untuk bersama pasukan Nybergsund sebelum hampir 3 tahun bermain di Liga Albania.

“Welcome to the home of Panthers…! Sekali Harimau Kumbang, Selamanya Harimau Kumbang,” tulis Penang FC di Facebook rasmi kelab itu.

Abdul Abdeen dilahirkan di Lagos, Nigeria dan dibesarkan di Ireland.

Sebelum ini, Penang FC mengumumkan dua pemain tempatan baharu iaitu R Kogileswaran dan Al Hafiz Harun yang menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Kogi yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur bersama pasukan Sri Pahang FC selama tiga musim dari 2016 hingga 2019.

Kemudian berhijrah ke pasukan PJ City FC untuk dua  musim sebelum berkelana ke Liga Korea (K2) untuk bersama pasukan Chungbuk Cheongju FC.

Sementara itu, Al Hafiz merupakan bekas pemain sayap Kedah Darul Aman FC sebelum ini. Dia yang mula menyertai Sang Kenari sejak musim lalu, antara pemain tambatan era jurulatih Aidil Sharin Sahak di bahagian jentera serangan KDA FC. – MalaysiaGazette