Kementerian kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya Hospital Jempol, Negeri Sembilan berjaya menyempurnakan proses pendermaan tisu pada 17 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, waris mendiang Mathialagan A/L Nadarajan, 61, memberi kebenaran untuk mendermakan sepasang kornea (mata).

“Kedua-dua kornea mata yang diperoleh telah dihantar ke Bank Tisu Kornea di Hospital Sungai Buloh untuk dipindahkan kepada pesakit lain,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, menurut rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pendermaan tisu ini merupakan yang pertama dijalankan di hospital berkenaan.

Ia melibatkan pendermaan organ atau tisu kadaverik yang kelima untuk hospital di bawah Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah sejak tahun 2008, ujarnya.

Kata Muhammad Radzi, terdapat tiga buah hospital dalam kluster ini iaitu, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah; Hospital Jempol dan Hospital Tampin.

Beliau yang merakamkan penghargaan penderma itu berkata, usaha berkenaan akan dapat menyelamatkan nyawa terutama pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast