PEKAN – Rakyat di Pahang dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sentimen 3R tidak wajar disentuh kerana ia boleh mengakibatkan jurang lebih besar antara kaum, sebaliknya rakyat harus fokus ke arah memperkasa ekonomi.
“Kita tahu bahawa suatu ketika dulu negara kita dari segi ekonominya di rantau Asia Tenggara adalah negara yang paling berkembang dan sekarang kita dapat tahu bahawa negara yang dahulunya bawah daripada kita dari segi ekonominya sekarang telah mendahului.
”Kita tidak boleh sepanjang masa berkempen (berpolitik) menyentuh pasal 3R ini, kerana masyarakat kita majmuk. Sepatutnya kita sama-sama memikirkan bagaimana nak bawa negara ke arah lebih maju untuk rakyat di negara kita.
”Sebabnya kalau ekonomi negara jadi lebih teruk daripada sekarang, yang jadi mangsa rakyat, generasi akan datang,” katanya selepas majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Pahang di Dataran Bandar Diraja Pekan, di sini, malam tadi.
Pada majilis itu, hampir 4,000 pengunjung memeriahkan acara tahunan yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pahang. – MalaysiaGazette
@malaysiagazette Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sentimen 3R itu tidak wajar disentuh kerana mengakibatkan jurang lebih besar antara kaum kaum di negara ini. malaysiagazette mgnews mgprn15 rakyatmemilih pilihanraya pilihanrayanegeri prn15