Datuk Dr Ismail Salleh.

ALOR SETAR – Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh menyifatkan parti gabungan itu dan Barisan Nasional (BN) mempunyai niat baik daripada awal untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Ekco Kerajaan Negeri Kedah itu berkata, ini kerana pengagihan kerusi dua parti gabungan itu langsung tidak berdepan masalah malah mencapai kata sepakat dalam suasana harmoni.

Beliau yang akan berdepan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mardhiyyah Johari memberitahu, ia berbeza dengan PN apabila terdapat beberapa pemimpinnya yang tidak berpuas hati dan sanggup menjadi calon Bebas.

Katanya, ia ia jelas bertentangan dengan ramalan Pengarah PRN PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan hubungan PH dan BN akan runtuh akibat pertikaian kerusi.

“Kenyataan Sanusi sebelum ini terbukti salah apabila meramalkan kerjasama antara PH-BN bakan tumbang akibat pertikaian peruntukan kerusi dan ia tidak tepat sama sekali.

“Dari awal lagi saya sudah katakan kita (PH dan BN) tidak ada isu mengenai pengagihan kerusi kerana kita berunding dengan niat baik dan persahabatan.

“Akhirnya kita mencapai kata sepakat,” katanya yang merupakan penyandang DUN Alor Mengkudu kepada MalaysiaGazette, di sini.

PN mengalami masalah apabila Timbalan Yang Dipertua Pas Langkawi, Mazlan Ahmad bertanding di kerusi DUN Kuah dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Langkawi, Safwan Hanif Shafie bertanding di DUN Ayer Hangat sebagai calon bebas.

Di DUN Kota Siputeh pula, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jerlun, Abdul Ramli menjadi calon bebas selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan calon PN, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir atau lebih dikenali sebagai Acap yang menjadi calon di kawasan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast