Tangkap layar video Tok Mat

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan tidak dapat meneruskan kempen buat sementara kerana dijangkiti influenza.

Calon Pakatan Harapan – Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya negeri kali ini terpaksa berehat selama tiga hari.

“Saya minta maaf, saya down.. kena influenza, batuk teruk, demam. Doktor suruh saya jangan keluar takut berjangkit,” katanya yang dalam video di media sosialnya.

Bagaimanapun Mohamad atau Tok Mat mahu jentera parti meneruskan kempen seperti biasa termasuk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

“Tiga hari tak boleh keluar, saya harap dapa jumpa pengundi selepas sembuh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette