Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

PADANG TERAP – Badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menjadi hakim mengenai kes dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pengumuman geran berjumlah RM450,000 di Terengganu  baru-baru.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perikatan Nasional (PN) melahir kebimbangan dengan peranan dimainkan segelintir agensi penguatkuasa sejak kebalakangan ini apabila terlalu cepat membuat keputusan sebelum siasatan dijalan kerana beralasan pihak berkuasa sepatutnya melakukan siasatan terlebih dahulu dari terus memberikan kata putus.

“Saya tengok mutakhir ini minta maaflah untuk saya sebut terkadang agensi penguatkuasa, dia tak boleh buat keputusan, tangungjawab dia siasat, bila ada aduan buat siasatan, jangan terus buat kenyataan, kata tindakan Zahid di Terangganu tak bercanggah dengan Akta Pilihanraya, patut siasat serah kepada peguam negara teliti,

“Tapi awal-awal lagi buat kenyataan bahawa ucapan (Zahid) ini tak salah, orang mula banding, sebab tugas penguatkusa menyiasat bukan jadi hakim, orang banding sekarang,” katanya ketika berucap di Ceramah Perdana Gelombang PN DUN Pedu, lewat malam tadi.

Hadir sama adalah Pengarah Pilihanraya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Tuan Ibrahim merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengeluarkan kenyataan bahawa suruhanjaya itu tidak melihat pengumuman Ahmad Zahid mengenai geran RM450,000 di Terengganu sebagai satu bentuk sogokan pilihan raya.

Jelas Azam lagi, pengumuman itu kerana geran tersebut merupakan peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Zahid, yang juga Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah sebelum ini dikritik kerana ucapannya ketika mengumumkan peruntukan yang disediakan kementeriannya pada satu majlis  di Terengganu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihak penguatkuasat perlu bertindak secara bebas.

Malah tambah Tuan Ibrahim, pihak penguatkuasa seharusnya tidak membuat sebarang kenyataan yang akan membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

“Bila Kerajaan Kelantan sediakan bas untuk bawa balik pengundi dari Kuala Lumpur pergi mengundi tiba-tiba kata tidak boleh kerana bercangah dengan Akta Pilihanraya takut ada nilai rasuah, yang Zahid berucap  di Terengganu terang-terang mengaitkan pengundi dengan 22 Ogos tiba-tiba tidak bersalah.

“Rakyat lihat sekarang penguatkuasa mula nak jadi hakim, kita harus ingat jangan hilang keyakinan rakyat kepada institusi kita sebab siapa jadi kerajaan agensi penguatkuasa tetap kekal,“ katanya. – MalaysiaGazette