Anggota APM mengeluarkan ular sawa yang menyusur masuk ke dalam but sebuah kereta di pekarangan IPD Timur Laut, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Suasana di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini gempar susulan penemuan seekor ular sawa seberat lima kilogram dalam but kereta.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 1.44 petang.

“Mengikut maklumat awal, anggota polis yang berada di pekarangan balai terlihat ular sawa berkenaan dan cuba menghalaunya.

“Bagaimanapun, reptilia berkenaan dilihat menyusur masuk ke dalam but sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina milik kakitangan awam yang berurusan di situ.

“Susulan itu, kita berjaya menangkap reptilia sepanjang 1.8 meter dan ia akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Muhammad Aizat, tugasan khas itu dilakukan tiga anggota dari Skuad Bravo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast