Calon PH, Gunaraj (tengah) yang merupakan penyandang Dun Sentosa tampil dengan lima tekad untuk pengundi pada PRN15.

KLANG – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, Dr Gunaraj George akan membangunkan kawasan tersebut menerusi ‘5 Tekad Untuk Sejahtera Sentosa’ jika dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.

Gunaraj berkata, fokus utama beliau ialah membangunkan infrastuktur yang akan memberi penekanan kepada pengurusan banjir dan menaik taraf peparitan selain menaik taraf kemudahan kemudahan awam, taman awam dan pelebaran jalan.

“Kita tidak boleh lupa banjir pada 2021 yang telah meninggalkan impak kepada penduduk Selangor,” katanya pada sidang media di pusat gerakan, di sini, hari ini.

Tambah beliau, tekad kedua adalah memberi perhatian kepada inisiatif ‘clean and green’ dengan mengawal pengurusan sampah manakala tekad ketiga ialah memperkasakan pendidikan yang telah dilakukannya sebelum ini.

Kata Gunaraj, pihaknya telah menyediakan sediakan kelas intervansi awal secara percuma yang membimbing pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  dan Sijil Tinggi Persiklahan Malaysia melalui sesi kaunseling berkelompok.

Menurutnya, dua tekad terakhir ialah membasmi kemiskinan golongan B40 dan mewujudkan hab perniagaan memandangkan lokasi itu berdekatan dengan pelabuhan dan kawasan industri. – MalaysiaGazette