Rasmus Hojlund. Foto Sky Sports.

LONDON – Penyerang muda sensasi Atalanta, Rasmus Hojlund dilaporkan baru sahaja menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan untuk setahun lagi sebagai pemain baharu Manchester United.

Pengumuman rasmi akan dibuat esok di mana kelab merancang untuk memperkenalkan pemain antarabangsa Denmark itu sebagai penyerang baharu di hadapan penonton di Old Trafford sebelum perlawanan persahabatan menentang Lens.

Sebelum ini, United dilaporkan bersetuju menandatangani Hojlund pada harga 64 juta pound (RM374.36 juta).

Dia adalah pemain bintang ketiga berpindah ke Old Trafford pada jendela perpindahan kali ini selepas pemain tengah Chelsea, Mason Mount dan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana.

Pemain 20 tahun juga bersetuju dengan syarat-syarat peribadi untuk kontrak selama lima tahun dan 8 juta pound (RM46.80 juta) dalam bentuk bonus.

Hojlund menyertai Atalanta pada Ogos 2022 dari kelab Austria, Sturm Graz pada harga 17 juta euro (RM85.43 juta).

Dia menjaringkan sembilan gol dalam 32 penampilan di Serie A musim lalu.

Musim lalu, Red Devils menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga, tetapi hanya meledak 58 gol, kurang 36 gol berbanding juara treble, Manchester City.

United memerlukan penyerang baharu untuk bergandingan dengan Marcus Rashford di barisan depan.

Mereka akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris bertemu Wolves di laman sendiri pada 14 Ogos. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast