Penduduk yang membaca manifesto dan juga biodata calon Perikatan Nasional (PN) N.03 Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kampung Baru Tepi Laut, Ayer Hitam, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2023.

JERLUN – Kami mahu calon terbaik buat kami di DUN Kota Siputeh

Itu luahan majoriti pengundi yang ditemui MalaysiaGazette selepas kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah memasuki hari ketujuh hari ini.

Harun Shafie. Foto MOHD ADZLAN, 04 OGOS 2023.

Menurut Harun Shafie, 58, sebagai pengundi beliau mengharapkan calon yang dipilih pada 12 Ogos depan boleh mewakili masyarakat serta menyelesaikan masalah penduduk.

Ia bukan sekadar untuk menghangatkan kerusi tersebut di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti.

“Harapan kita kalau boleh bangunkan kawasan Kota Siputeh ini bagi cantik dan selalu turun padang, jangan menang tidak turun ke kawasan. Kita nak calon terbaik,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Ibrahim Isa. Foto MOHD ADZLAN, 04 OGOS 2023.

Dalam pada itu, Ibrahim Isa, 71, mahu wakil rakyat di sini kelak untuk menjengah rakyat bukan hanya sekadar bertanya khabar dan terus mendiamkan diri.

Malah beliau berkata, wakil yang akan diangkat pada 12 Ogos depan  perlu berlaku adil dengan memberikan khidmat kepada penduduk yang tidak mengundi beliau.

“Kalau dia menang, tiga empat bulan tengok orang kampung tanya khabar dan kedudukan masyarakat. Kita nak bangunan buat apa lagi, bendang pun sudah semakin sempit.

“Kami cuma nak minta dia turun padang dan tengok keadaan kami di kawasan, kena tanya khabar,” ujar Ibrahim.

Harun Rosli Ahmad

Menurut Rosli Ahmad, 54, pula sesiapa pun yang dipilih perlu menggalas tanggujawab untuk membawa pemnbangunang ke DUN Kota Siputeh.

Tambah beliau, mandat yang diberikan pengundi disini merupakan manifestasi kepada kepercayaan

“Saya mengharapkan calon dari PN untuk memang dan menambahkan kemenangan bergaya kepada Kedah dan lima lagi negeri lain. Dari segi pembangunan kena ada juga dibina oleh siapa yang menang, kena tabur jasa.

“Calon yang menang kena buat sesuatu yang besar contohnya bina hospital dan sekolah di kawasan ini,” kata Rosli.

DUN Kota Siputeh mencuri tumpuan dengan menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jerlun Abdul Ramli tampil menjadi calon bebas.

Abdul Ramli bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (PN) dan penyandangnya, Dr Salmee Said dari Pakatan Harapan (PH).

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi DUN Kota Siputeh dimenangi oleh Salmee yang meraih majoriti undian sebanyak 1,467 menerusi pertembungan tiga penjuru menentang Mohd Rejab Md Akhir (Pas) dan Ahmad Azhar Abdullah (BN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast