Pesawat Batik Air

KUALA LUMPUR – Batik Air telah terpilih sebagai operator untuk laluan Kuala Lumpur- Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penerbangan Batik Air akan bermula pada Oktober 2023.

Kerjasama ini hasil komitmen pelaburan Malaysia Airport Holidngs Berhad sebanyak £200 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).

Perkara ini dikongsikan Anwar menerusi Facebooknya paagi tadi selepas mengadakan pertemuan secara maya bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Untuk rekod, jumlah perdagangan dengan Turkiye pada tahun 2022 berjumlah AS$4.62 bilion (meningkat sebanyak 12.6%).

Jumlah lebihan dagangan sebanyak AS$3.33 bilion kerana Turkiye mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast