Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memulakan jelajah KMJ dari Istana Flintstones di Mersing, Johor.

JOHOR BAHRU – Konvoi Diraja Johor (KMJ) yang masuk hari kedua hari ini menyaksikan pelepasan keluarga diraja itu dari Istana Flintstones di Mersing bagi penjelajahan seterusnya bertemu rakyat.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Sungai Teminggol, Kampung Sri Lukut pada pagi ini sebelum ke Laman Kembara Paloh di Kluang dan seterusnya ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang di Labis, Segamat.

Persinggahan terakhir adalah di Pekan Sagil, Tangkak.

Edisi KMJ ke-23 buat julung kalinya diketuai Tunku Ismail.

Berangkat sama isterinya, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Kali terakhir KMJ diadakan pada 2019, sebelum Covid-19 menular di negara ini.

 

Jelajah KMJ Edisi Ke-23 merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer.

KMJ edisi Ke-23 itu, merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer.

KMJ merupakan ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 2001 bagi menyelami denyut nadi rakyat dan dijadikan acara tahunan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast