Masakan Baba dan Nyonya kaya dengan bahan asli yang merangkumi kesemua rasa.

KUALA LUMPUR – Pastinya ramai dalam kalangan masyarakat tidak pernah merasai menu masakan Baba dan Nyonya atau peranakan yang asli sebelum ini. Bukan apa, selain sukar ditemui, menu itu juga hanya boleh di dapati di restoran tertentu.

Malah nama Melaka pasti terbayang apabila popular dengan makanan tradisi yang banyak dipengaruhi unsur Baba Nyonya. Ini kerana makanan warisan masyarakat Baba dan Nyonya itu sudah bertapak di bumi negeri itu sejak kira-kira 600 tahun lalu.

Baba dan Nyonya atau Peranakan adalah tergolong sebagai keturunan kaum Cina di mana menunya masih sama seperti menu lain seperti mi kari, laksa dan asam laksa, namun ia mempunyai tarikan dan keenakan tersendiri.

Ini kerana masakan tersebut kaya dengan bahan asli yang merangkumi kesemua rasa termasuklah kesegaran, kemanisan, masam dan kepedasan serta kepekatan yang berbeza.

Kalau anda tercari menu asli Baba dan Nyonya ini, tidak perlu pergi sampai ke Melaka. Cubalah datang ke Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur yang ketika ini memperkenalkan dan menikmati menu dikenali Authentic Nyonya Noodles Hut untuk meraikan masakan tradisi Peranakan Baba Nyonya.

 

pengunjung juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk cucur udang

 

Menu promosi disediakan di ketiga-tiga restoran hotel iaitu Kopi Bar, Kapitan Cafe dan Sky Lounge bermula 1 Ogos lalu sehingga 31 Disember ini.

Apa yang pasti, ia menjanjikan kelazatan masakan Baba Nyonya buat pengunjung yang hadir dan menikmati menunya popular antaranya asam laksa, mi kari dan laksa.

Menu yang dihidangkan merangkumi kesemua rasa dan ciri penting Nyonya termasuklah kesegaran, kemanisan, masam, kepedasan dan rasa yang kaya dengan masakan asli Nyonya.

Selain hidangan istimewa itu, pengunjung juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk cucur udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.

Sebagai kelainan, Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar bagi membezakan hotel ini daripada hotel-hotel lain.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh melayari laman web atau media sosial hotel tersebut. – MalaysiaGazette

Suasana restoran di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur yang mendamaikan untuk menikmati hidangan.