NIBONG TEBAL – Gabungan Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) menerima sambutan luar biasa menjelang pilihan r di enam buah negeri, 12 Ogos.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang tempoh berkempen di beliau dapat melihat sokongan yang diterima berbanding Pilihan Raya Umum pada 2022.
“Yang penting pilihan raya (PRN) dah dekat dan kita menilai dari segi keputusan rakyat nanti (hari mengundi 12 Ogos ini).
“Dulu dia (rakyat) dengar semua yang negatif, dakwa Anwar akan tarik balik hak Islam dan ia dijadikan fitnah dengan amalan itu menjadi budaya hingga orang percaya sebahagiannya dah tengok tak jadi,” katanya ketika selepas menghadiri Program Perdana Menteri Beramah Mesra dengan Masyarakat Sungai Bakap di Simpang Ampat Tasek, Sungai Bakap, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal.
Sementara itu, Anwar yang membidas Perikatan Nasional (PN) kerana menggunakan tema ‘Bersih dan Stabil’ dengan mendakwa gabungan parti itu terpalit dengan kes rasuah, termasuk menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette
















