GOMBAK – Sehari menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15), aliran trafik menuju ke Pantai Timur kelihatan lancar.
Tinjauan MalaysiaGazette di Plaza Tol Gombak sehingga 6.30 petang mendapati aliran terkawal dan tiada kesesakan yang berlaku.
Bagaimanapun, aliran trafik pada malam nanti belum dapat dijangkakan.
Terdahulu dijangka aliran trafik ke Pantai Timur dan Utara Semenanjung hari ini sesak berikutan ramai ke tempat mengundi masing-masing.
Sebanyak enam buah negeri yang terlibat dengan PRN kali ini iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor.-MalaysiaGazette