Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diraikan dengan kek pulut sempena hari kelahirannya sambil ditemani calon Barisan Nasional (BN) N.08 Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan calon Barisan Nasional (BN) N.08 Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika di Naka, Kuala Nerang, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 11 OGOS 2023.

PADANG TERAP – Setelah diasak dengan pelbagai dakwaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya membuka mulut mengenai pertemuan beliau dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Jelasnya, beliau menghadap Sultan Kedah bagi mendapatkan perkenan untuk menziarahi makam Sultan Pertama Kedah, Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

“Dia (Sanusi) kata Anwar bawa seorang pedagang Indonesia ke Kedah mengenai REE.

“Jadi saya nak jawab. Sebelum saya jadi Perdana Menteri, saya dititah menghadap Tuanku. Dia panggil kawan ini (Riza Chalid) mungkin sudah kenal lama.

“Kami tidak bercakap mengenai hal perniagaan. Saya cuma nyatakan hajat dan meminta kebenaran untuk ziarah makam Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid.

“Guru saya juga berpesan supaya apabila menziarahi makan Almarhum Tuanku, saya patut ziarah sekali makan Almarhum Tunku Abdul Rahman,” katanya dalam ucapan Jelajah Perpaduan Madani Kedah Amanat Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekan Naka, petang tadi.

Hadir sama adalah Pengerusi PH-BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga calon DUN Pedu dan Datuk Mahfuz Omar calon DUN Alor Mengkudu.

Jelas Anwar, Sultan Kedah memperkenankan permintaan beliau dan menitahkan agar Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang untuk menemaninya.

“Selama ini saya berdiam diri tetapi kawan itu (Sanusi) balun (kritik) saya setiap hari,

“Saya tidak mahu lawan balik tetapi mahu menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku.

“Ketika itu, saya sendiri pun tidak tahu akan menjadi Perdana Menteri kesepuluh,” katanya lagi.

Minggu lalu, Anwar mengesahkan beliau bersama seorang lelaki Indonesia bernama Riza Chalid pergi ke Kedah untuk menghadap Sultan Badlishah.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran pertemuan itu.

Ia susulan dakwaan Sanusi yang mengatakan Perdana Menteri telah membawa ahli perniagaan Indonesia ke Kedah untuk membuat permohonan melombong unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.-MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. punya lama bukti gambar, berita, butiran dan segalanya MB KEDAH bongkar baru sekarang ANWAR IBRAHIM dapat idea menjawab…
    kisah Kumpulan binatang hutan telah membuat lawak kelakar… semua kecuali keldai tidak tergelak… hampir sebulan berlalu kumpulan binatang terjumpa keldai itu ketawa sehingga keluar hingus… lalu ditanya apakah yang berlaku… lalu keldai itu menjawab dia baru faham kisah “dulu” disebabkan itu dia terguling-guling gelak sekarang….
    ANWAR ANWAR… MB KEDAH DS SANUSI bila ditunjuk gambar dia terus menjawab.. sebelumnya dia tak faham SEBAB Pudin sebut hanya nama… nama tu banyak contoh.. Anwar… ANWAR banyak ada hujungnya KUNYIT, PUNGKOQ, TPM, PRESIDENT dan pelbagai so yang mana satu??? Bila Pudin lengkap tunjuk gambar barulah “TEPAT” fokus untuk dijawab… dipanggil mengadap tapi sembang minta izin ziarah kubur…. agak-agak lah Pudin ehh Pudin pulak … silap.. sorry ye

Comments are closed.