Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengeluarkan arahan penggantungan sementara import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, 4 Ogos lalu.

Ini berikutan laporan akhbar mengenai penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu yang diimport negara itu dari Australia dan pengesahan tentang laporan telah dibuat oleh DVS dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

DVS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan penggantungan itu bersifat sementara dan diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia itu benar memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari Australia dengan nilai import sebanyak RM25,547,355.

Susulan penggantungan import tersebut, sesi libat urus antara DVS dan Department of Agriculture, Fisheries and Forestry (DAFF), Australia telah diadakan pada 7 Ogos lepas.

Menurut DVS, DAFF bersetuju untuk berkongsi laporan hasil siasatan berkaitan dakwaan dari pihak Indonesia tersebut dan oleh yang demikian, DVS sedang menunggu laporan penuh dari DAFF bagi tindakan selanjutnya.

“Untuk memastikan sektor ternakan dalam negara terjamin dan bebas daripada sebarang risiko penyakit, DVS sentiasa memastikan semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut protokol dan tatacara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia,” menurut DVS. – BERNAMA

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast